Didenda RM30,000, padah benar 6 PTI tinggal di premis

16 Dec 2022 • 3:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 44 tahun didenda sejumlah RM30,000 kerana membenarkan enam pendatang tanpa izin tinggal di premisnya.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Simon Wong selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Wong didapati membenarkan enam warga Filipina berusia antara 31 dan 49 tahun, yang tidak memiliki sebarang dokumen, tinggal di premis itu pukul 10.40 malam pada 1 Nov tahun ini di Pusat Terapi & Reflexology Gaya Hidup Lot 66&67 Aras Bawah Lintas Square, di sini.

Kesalahan mengikut Seksyen 55E(2) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap PATI terbabit.

Mahkamah memerintahkan Wong membayar denda RM5,000 atau penjara sebulan bulan bagi setiap pendatang tanpa izin yang terlibat.

Semasa mitigasi, dia merayu hukuman ringan kerana dia telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Abdul Latif dari Jabatan Imigresen menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran bukan sahaja kepada Lee malah kepada orang ramai.

Sementara itu, seorang wanita berusia 55 tahun didenda RM5,000 atau penjara sebulan juga kerana membenarkan seorang warga Filipina berusia 19 tahun tinggal di tempat yang berada di bawah jagaannya.

Tainah Ading mengaku membenarkan pendatang tanpa izin itu tinggal di Kedai Kopi Bunga Matahari di Manggatal Plaza Fasa 2, di sini pukul 6.20 petang pada 12 Okt tahun ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.