Didesak Berundur, Nga Kor Ming Tegas Hanya Letak Jawatan Menteri Jika Najib Dibebaskan Tanpa Hukuman Setimpal [Video]

LocalPolitics
13 Jul 2026 • 10:21 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Didesak Berundur, Nga Kor Ming Tegas Hanya Letak Jawatan Menteri Jika Najib Dibebaskan Tanpa Hukuman Setimpal [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mendakwa ada pihak tersalah tafsir mengenai janji beliau untuk meletakkan jawatan sebagai menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ke-16.

“Merujuk kepada ada pihak yang mendesak supaya saya letak jawatan, sila baca kenyataan penuh saya semasa wawancara eksklusif bersama Oriental Daily.

“Yang saya nyatakan semasa wawancara tersebut merupakan pendirian saya sebagai seorang peguamcara dan peguam bela Mahkamah Tinggi Malaya yang konsisten sepanjang masa iaitu kewibawaan sistem kehakiman negara perlu dipertahankan,” katanya.

Nga Nafi Mahu Letak Jawatan Jika BN Menang PRN, Hanya Berbuat Demikian Jika Najib Dibebaskan

Sebaliknya, Nga menerusi hantaran di laman Facebook berikrar akan meletakkan jawatan sekiranya bekas Perdana Menteri, Najib Razak dibebaskan daripada hukuman penjara tanpa menjalani hukuman setimpal berhubung kes yang dihadapinya.

“Jika Datuk Seri Najib yang mengakibatkan rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung hutang 1MDB sebanyak RM51.4 billion boleh dilepaskan tanpa menjalankan hukuman yang setimpal dengan kesalahan walaupun sudah didapati bersalah, ia bermakna kewibawaan sistem kehakiman negara ini telah digadai dan prinsip kedaulatan undang-undang seperti mana yang termaktub dalam Rukun Negara juga tidak lagi dihormati.

“Sekiranya keadaan sedemikian berlaku, demi mempertahankan integriti sistem kehakiman negara kita yang tercinta, saya sudi letak jawatan sebagai anggota jemaah Menteri.

“Perkara ini tidak ada kaitan dengan soal peribadi, sebaliknya ia merupakan satu soal prinsip utama. Saya kekal berpegang teguh dengan prinsip ini,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Anwar Ibrahim Dakwa PRN Johor Dibuat Awal Demi Bebaskan Najib Razak

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Ada Kena-mengena Dengan Najib”- Onn Hafiz Jelaskan PRN Johor Dibuat Untuk Kembalikan Mandat Rakyat

Akan Letak Jawatan Sebagai Anggota Jemaah Menteri Jika BN Menang PRN Johor & Najib Dibebaskan

Sebelum ini, memetik laporan media, Nga berkata beliau akan menjadi menteri pertama yang meletakkan jawatan jika UMNO mencatatkan kemenangan besar dalam pilihan raya Johor dan sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan dari tahanan.

Pada PRN Johor yang berlangsung 11 Julai lalu, Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk Kerajaan Negeri selepas memenangi 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Baca Artikel Berkaitan: PRN Johor 2026: BN Menang Besar, Ini Senarai Keputusan Rasmi

Hanya Fokus Untuk Berkhidmat Kepada Rakyat & Negara – Nga

Bagaimanapun semalam (12 Julai), Nga telah mengelak menjawab soalan berterusan diterimanya mengenai ikrar untuk meletakkan jawatan tersebut.

Jelas menteri itu, fokusnya pada ketika ini adalah untuk melaksanakan tanggungjawabnya dan berkhidmat kepada rakyat.

“Hati saya benar-benar bersama rakyat. Saya dapat merasai kesakitan dan kesusahan mereka. Apabila saya datang untuk membantu, mari kita elakkan semua isu ini.

“Saya tahu matlamat anda (wartawan). Anda mempunyai tugas yang perlu dilakukan. Saya juga mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

“Mari kita bekerja untuk rakyat dan negara. Fokus kepada kesejahteraan rakyat. Saya juga mempunyai tugas-tugas yang perlu saya selesaikan,” katanya, lapor Harian Metro.

Akmal Saleh Kongsi Contoh Surat Perletakan Jawatan Untuk Rujukan Nga

Pun begitu, ramai pihak telah memberi pelbagai reaksi berhubung perkara ini termasuklah Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh yang telah berkongsi surat peletakan jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan sumber rujukan kepada Nga.

“Kalau Nga Kor Ming tak tahu cara nak tulis surat letak jawatan, saya akan buatkan nanti,” katanya menerusi satu lagi hantaran video.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved