Didi Astillah Berang Ruhainies Tuduh Bella Astillah Rancang Kes Tangkap Khalwat? – “Kau DM Dato’, Founder Sebar Fitnah”

LocalEntertainment
28 Dec 2024 • 2:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setelah sekian lama tidak bersuara, akhirnya adik kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah tampil pertahankan kakaknya lagi selepas tular video temubual pelakon, Ruhainies.

Didi Astillah berang dengan Ruhainies

Tampil bidas kenyataan aktres itu, Didi atau nama sebenar, Dayang Nazillah Awang Astillah meningatkan kembali bahawa kakaknya tidak terlibat dengan kes tangkap khalwat bekas suami, Aliff Aziz dan Ruhainies.

image is not available

Bahkan, Didi mendakwa Ruhainies cuba menyebar fitnah dan pengaruh beberapa individu dengan bercakap buruk mengenai Bella.

Ruhainies sebar fitnah tentang Bella dekat orang lain?

Saya tahu awak ada mesej artis dalam industri bergelar Datuk untuk mengutuk dan fitnah kakak rancang semua ni. Macam budak sekolah cari orang untuk sebelahkan awak. Kenapa tak move on lagi?

Dapat dilihat dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram Story itu, Didi turut meletak video temubual Ruhainies bersama pihak media yang sedang bercakap mengenai dugaan dialami olehnya tahun ini.

Sebelum ini Ruhainies menjadi perhatian ramai selepas ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz di sebuah kondominium yang terletak di ibu kota pada 9 Mac lalu.

image is not available 6 days ago

"Terima Kasih Atas Cadangan.." - Ruhainies Disaran Cari Pasangan Pangkat Datuk, Tak Sepadan Dengan Aliff Aziz