"Tak Penat Ker Jadi Jahat?" - Didi Astillah Bengang Ruhainies Masih Kaitkan Kakaknya Rancang Konspirasi Perangkap Khalwat

28 Dec 2024 • 7:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi Didi Astillah tampil membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon sensasi Ruhainies terhadap kakaknya, Bella Astillah.

Jelas Didi menerusi hantaran di Instagram Stories, kakaknya tidak terlibat sama sekali untuk merancang kes khalwat membabitkan bekas abang iparnya itu.

"Malas dan penat sebenarnya bila nampak posting melibatkan dia ni. Tapi video yang baru ni memang buat Didi terpanggil nak beritahu sikit tentang kenyataan dia yang tak habis nak cakap soal 'orang tak tahu perkara sebenar sampai sekarang pun tak tahu'.

"Tak habis-habis main sentimen tu, meh saya ingatkan, dulu pun pernah buat kenyataan yang sama lepas tu terus pergi umrah sebab nak tunjuk tak salah. Ha betul-betul Allah jawab doa kakak saya yang korang aniaya.

"Allah hantar seorang untuk reveal perancangan jahat you. Sebab you tak terfikir WhatsApp korang akan dibaca oleh sesiapa tapi kuasa Allah tiada tandingan.

"Barulah nampak perangan you macam mana dan betapa hitamnya hati nak kenakan my sister itu ini Jangan bayar kereta sampai 6 bulanlah, apa lah. Kes lama pun sanggup dikorek asalkan nak nama kakak saya buruk sekali," tulis Didi.

image is not available

Rancang konspirasi?







"Stop sebar fitnah konon kakak saya perangkaplah"