Diesel tanpa subsidi naik 10 sen kepada RM4.07 bagi tempoh 16 hingga 22 Julai 2026

LocalBusiness & Finance
15 Jul 2026 • 9:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Diesel tanpa subsidi naik 10 sen kepada RM4.07 bagi tempoh 16 hingga 22 Julai 2026 Image from: Diesel tanpa subsidi naik 10 sen kepada RM4.07 bagi tempoh 16 hingga 22 Julai 2026 liza15/07/2026 - 21:00 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 15 Julai — Harga runcit diesel tanpa subsidi meningkat sebanyak 10 sen seliter kepada RM4.07 bagi tempoh 16 hingga 22 Julai 2026 berbanding RM3.97 seliter sebelum ini, kata Kementerian Kewangan (MoF).

 

Harga RON95 tanpa subsidi pula naik 5 sen kepada RM3.42 seliter bagi tempoh tersebut daripada RM3.37 seliter manakala harga RON97 pula kekal pada RM4 seliter.

 

Menurut MOF, harga produk petroleum tanpa subsidi dipengaruhi oleh pergerakan pasaran minyak dunia pada minggu terdahulu.

 

 

 

 

 

"Serangan baharu Amerika Syarikat ke atas Iran serta kebimbangan terhadap keselamatan laluan perdagangan di Selat Hormuz telah meningkatkan semula premium risiko minyak mentah dan kos penghantaran.

 

"Harga minyak mentah Brent telah mencecah AS$85 setong, meningkat sekitar 20% dalam tempoh dua minggu.

 

"Selagi konflik ini belum mencapai penyelesaian muktamad, harga produk petroleum dijangka terus dibelenggu oleh ketidaktentuan pasaran global," kata kementerian itu dalam satu kenyataan malam ini.

 

T

 

MOF berkata, walaupun bekalan bahan api negara kekal mencukupi buat masa ini, Kerajaan MADANI menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat.

 

Katanya, perancangan perjalanan yang lebih cekap serta pengurangan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi.

 

Sementara itu, harga petroleum bersubsidi dikekalkan, iaitu RON95 (BUDI95) pada RM1.99 seliter, diesel (BUDI Diesel) pada RM2.10 seliter, Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) pada RM2.05 seliter dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pada RM2.15 seliter.

 

 

 

 

 

Menurut MOF, rakyat Malaysia yang layak terus boleh membeli RON95 dan diesel bersubsidi menggunakan MyKad menerusi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel), tertakluk kepada kelayakan serta baki kelayakan bulanan masing-masing.

 

"Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved