Pelakon terkenal, Fattah Amin, kini menjadi bualan hangat di media sosial setelah mendapat gelaran ‘duda terhangat’ atau ‘duda hot’.
Gelaran ini muncul susulan beberapa gambar dan video beliau yang tular di platform di mana penampilan Fattah yang kacak dan bergaya menarik perhatian ramai.
Sejak perceraian dengan aktres Fazura, Fattah dilihat lebih aktif di laman sosial, berkongsi momen-momen kehidupannya. Ramai peminat memuji penampilan baru Fattah yang lebih segar dan bergaya, menjadikannya salah satu topik trending di kalangan pengguna media sosial.
Fattah Amin mengakui berasa terhibur dengan pelbagai komen positif yang diterimanya dan menghargai setiap sokongan yang diberikan, yang dianggapnya sebagai dorongan yang sangat bermakna.
“Saya tak nak komen, tapi cuma ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang beri sokongan. Tanpa mereka siapalah saya.
“Alhamdulillah, dalam keadaan sekarang saya juga terharu dan banyak bersyukur dengan sokongan daripada peminat sejak dari dulu lagi. Dari saya belum kahwin, dah berkahwin dan sampai jadi macam ini (cerai),” katanya memetik dari laporan Harian Metro.
Mengenai keadaan semasanya, Fattah kini sibuk dengan pelbagai projek seni dan akan memulakan penggambaran untuk drama baharu tidak lama lagi.
Fattah kini lebih fokus pada anaknya, Fatima, dan kerjaya seni dan merancang untuk memulakan perniagaan.
The post Fattah Amin terhibur digelar ‘Duda Terhangat’, hargai sokongan peminat appeared first on The Reporter.


