Digelar PM Paling Cantik, Lawatan Paetongtarn Ke Malaysia Curi Tumpuan

16 Dec 2024 • 3:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, hari ini melakar sejarah tersendiri dengan memulakan lawatan rasmi sulungnya ke Malaysia pagi tadi. Beliau disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diberikan sambutan rasmi negara.

Lawatan Paetongtarn ini sebenarnya amat penting, bagi mengukuhkan persahabatan antara Malaysia dan Thailand sebagai jiran rapat dan rakan kongsi di dalam ASEAN.

Netizen terpukau dengan kecantikan semula jadi Paetongtarn

image is not available
Kredit foto: RTM

Ketika sidang media antara Paetongtarn dan PMX, rata-rata netizen terpegun melihat kecantikan dan personaliti Paetongtarn yang cukup memukau, elegan, serta penuh keyakinan, sekali gus menyerlahkan auranya sebagai pemimpin muda yang berkarisma.

image is not available
Kredit foto: Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Thailand paling muda

image is not available
Kredit foto: ingshin21

Paetongtarn Shinawatra dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand pada 16 Ogos 2024, menjadikan beliau Perdana Menteri termuda dalam sejarah negara itu pada usia 37 tahun.

image is not available
Kredit foto: ingshin21

Beliau mengambil alih tampuk kepimpinan selepas Perdana Menteri Srettha Thavisin disingkirkan oleh Mahkamah Tertinggi Thailand atas dakwaan melantik menteri kabinet yang memiliki rekod jenayah.

Anak bekas Perdana Menteri, wanita paling berpengaruh pada tahun 2024

image is not available
Kredit foto: ingshin21

Paetongtarn adalah anak kepada bekas Perdana Menteri Thailand dan bilionair, Thaksin Shinawatra. Ramai juga menganggap kelebihan yang ada pada beliau, disebabkan pengaruh bapanya dan Paetongtarn juga selalu disebut sebagai pewaris dinasti keluarga Shinawatra.

image is not available
Kredit foto: ingshin21

Paetongtarn dibesarkan di Bangkok sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan hotel di Britain. Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang komersial, dan pasangan bahagia ini dikurniakan dua cahaya mata.

Baru-baru ini, Paetongtarn telah dinobatkan sebagai wanita ke-29 paling berpengaruh di dunia bagi tahun 2024 oleh Majalah Forbes.

image is not available
Kredit foto: ingshin21

image is not available
Kredit foto: ingshin21

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: RTM & Forbes