Digi Akan Kenakan Caj RM10 Untuk Pas Akses 5G Bermula Mei 2023

TechnologyDigital
1 Mar 2023 • 2:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selain Celcom, Digi kini turut mengumumkan mereka akan menawarkan akses 5G kepada pelanggan Digi Postpaid dan juga Digi Prepaid, pada harga tambahan RM10 sebulan melalui langganan 5G Booster.

image is not available

Pelanggan Digi Postpaid boleh sedia mengaktifkannya, sementara pelanggan Digi Prepaid pula boleh mendapatkan pengalaman 5G bermula 16 Mac 2023, melalui sejumlah pelan internet bulanan yang terpilih.

Apa pun, untuk tempoh dua bulan ini, Digi menawarkan akses 5G ini secara percuma tanpa bayaran sehingga 30 April 2023. Selepas itu, Digi mengatakan bayaran sebanyak RM10 akan dikenakan, sementara bagi pelan Digi Postpaid dengan bayaran bulanan lebih RM90 sebulan, mereka akan terus menikmati akses 5G secara percuma.

image is not available

Digi juga dijangka akan menawarkan lebih banyak pilihan penawaran 5G dalam bulan-bulan akan datang.