Digosipkan Bercinta, Qasrina Karim Selesa Berlakon Dengan Meerqeen – “Saya Tak Terbeban Dikaitkan”

EntertainmentLifestyle
11 Sep 2025 • 12:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Keserasian antara Qasrina Karim dan Meerqeen dalam drama ‘Thariq Ridzuwan: His Treasure’ membuatkan ramai peminat beranggapan mereka mempunyai hubungan istimewa di luar set penggambaran. Malah, ada juga yang berharap pasangan itu benar-benar bercinta di dunia nyata.

Namun, Qasrina, 29, menafikan wujudnya cinta lokasi. Menurutnya, pandangan sebegitu membuktikan mereka berjaya membawakan watak masing-masing dengan baik.

image is not available

Katanya pada mStar,

Kalau orang bercakap, itu maknanya keserasian kami sampai. Saya tak rasa terbeban bila dikaitkan dengan Meerqeen kerana hakikatnya kami hanya kawan. Kalau nak tengok kami bercinta, hanyalah dalam drama.

Bercakap mengenai drama tersebut, Qasrina tidak menafikan pelbagai kritikan penonton sejak awal tayangan, terutama kerana jalan cerita sering dibandingkan dengan versi novel asal. Akui Qasrina, komen negatif memberi kesan kepadanya, malah pada mulanya sukar mencari rentak sebagai Husniya Radwa kerana terlalu memikirkan pandangan orang.

Tambahnya,

Ada yang kata saya dapat watak ini kerana rupa, bukan bakat. Saya pun manusia biasa, ada hati dan perasaan. Sukar nak mainkan emosi dalam lakonan bila diri sendiri dihantui dengan komen negatif.

image is not available 2025-07-29 17:16:05

“Merqeen Okay Je” - Netizen Kecam Lakonan Qasrina Karim Dalam Thariq Ridzuwan: His Treasure

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved