Dihalau dari pesawat, Khabib perjelas isu sebenar

WorldEntertainment
13 Jan 2025 • 4:00 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Baru-baru ini tular satu rakaman video bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov, yang telah diarah keluar dari penerbangan Frontier Airlines selepas terlibat dalam perselisihan faham dengan salah seorang pramugari berkenaan dengan tempat duduk di barisan keluar pintu kecemasan.

Susulan itu juga, Khabib menerusi aplikasi X menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

Jelas Khabib, pramugari yang bertugas pada ketika itu disifatkan berperlakuan biadab.

“Wanita yang datang kepada saya dengan soalan adalah sangat biadab dari awal, walaupun saya bercakap bahasa Inggeris yang sangat baik dan boleh memahami segala-galanya dan bersetuju untuk membantu, dia masih berkeras untuk menyingkirkan saya dari tempat duduk saya.

“Saya tidak pasti apakah sebab disebalik tindakan itu, adakah kerana perkauman, kewarganegaraan atau faktor lain,” tulisnya.

Dalam hantaran berkenaan juga, Khabib menjelaskan insiden tersebut melibatkan penerbangan Frontier Airlines, dan bukannya Alaska Air.

Tambahnya lagi, selepas berbincang, pramugari tersebut kemudiannya memanggil pihak keselamatan dan membawa keluar Khabib dari pesawat tersebut.

“Selepas dua minit berbincang, beliau telah memanggil pihak keselamatan dan saya telah dikeluarkan dari pesawat tersebut. Selepas satu setengah jam, saya menaiki penerbangan syarikat penerbangan lain dan meneruskan perjalanan ke destinasi saya,” katanya.

Khabib juga menjelaskan dia sedaya upaya bersikap tenang seperti dan menghormati kru kabin berkenaan seperti video tular.