Khabib Nurmagomedov Diarah Keluar Dari Pesawat

13 Jan 2025 • 1:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov, dihalau dari penerbangan Alaska Airlines selepas terlibat dalam pertikaian dengan kru kabin mengenai tempat duduk di barisan keluar kecemasan.

Laporan media antarabangsa menyebut, insiden berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid, Las Vegas, apabila pramugari mempersoalkan kesediaan Khabib Nurmagomedov membantu penumpang lain jika berlaku kecemasan di barisan keluar.

Dalam rakaman video yang tular, pramugari berkata dia tidak boleh membenarkan Nurmagomedov duduk di situ dan memberi pilihan untuk menukar tempat duduk atau meninggalkan pesawat.

Bagaimanapun Nurmagomedov menolak, menyifatkan tindakan itu tidak adil kerana dia telah mematuhi semua prosedur dan menjelaskan bahawa dia fasih berbahasa Inggeris seperti diminta di kaunter daftar masuk.

Walaupun diberi pilihan tempat duduk lain atau menaiki penerbangan seterusnya, Nurmagomedov enggan berganjak.

Akibatnya, beliau dan rombongannya diiring keluar dari pesawat.

Difahamkan, Nurmagomedov sedang menuju ke Los Angeles untuk menyokong rakan sepasukan dalam acara UFC 311 pada 18 Jan.

Setakat ini, Alaska Airlines dan Nurmagomedov belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden tersebut yang dipercayai berlaku pada 11 Jan.

Sumber: Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved