Tular Video Khabib Nurmagomedov Dihalau Dari Pesawat, Netizen Dakwa Kerana Staff Ras*s

Entertainment
13 Jan 2025 • 12:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Khabib Nurmagomedov bukanlah nama asing dalam sukan seni bela diri campuran (MMA), beliau merupakan juara lightweight UFC yang paling lama iaitu dari tahun 2018 sehingga 2021.

Pun begitu, baru-baru ini bekas atlet kelahiran Rusia itu menjadi perhatian netizen selepas videonya diusir dari sebuah kapal terbang tular di media sosial.

Insiden itu dipercayai berlaku dalam penerbangan Frontier Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid, Las Vegas, menuju ke Los Angeles pada Sabtu lalu.

Dalam video yang tular itu, Khabib dilihat berbalas percakapan dengan kakitangan penerbangan tersebut, beliau juga dilihat masih tenang duduk di barisan pintu kecemasan pesawat itu.

Tiada angin tiada ribut, seorang kakitangan penerbangan yang didakwa anak kapal penerbangan itu memberitahunya bahawa beliau perlu menukar tempat duduk atau turun dari pesawat hanya kerana dia ‘tidak selesa’ dengan kehadiran Khabib di barisan pintu kecemasan.

Menerusi akaun X miliknya, Khabib menjelaskan semasa proses daftar masuk, beliau ditanya jika beliau memahami bahasa Inggeris dan beliau mengesahkan kepada kakitangan syarikat penerbangan tersebut dia tiada masalah memahami bahasa itu.

“Tetapi selepas 2 minit perbualan, dia memanggil pegawai keselamatan dan saya telah dihalau dari pesawat ini, selepas 1.5 jam saya menaiki penerbangan lain dan bertolak ke destinasi saya,” tulisnya.

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan rasmi dari syarikat penerbangan tersebut.

Sumber: Al Jazeera, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.