Diiktiraf Lapuk, iPhone 5S, 6 Dan 6 Plus Tidak Lagi Menyokong Aplikasi WhatsApp Mulai Hari Ini

TechnologyDigital
5 May 2025 • 12:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Aplikasi pemesejan popular, WhatsApp, tidak lagi boleh digunakan pada tiga model iPhone bermula 5 Mei 2025, iaitu iPhone 5s, iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, menurut laporan Daily Mail.

Dalam kenyataan rasmi di laman web WhatsApp, aplikasi itu hanya akan beroperasi pada peranti yang menjalankan sistem operasi iOS 15.1 dan ke atas. Oleh itu, peranti yang tidak menyokong kemas kini minimum tersebut akan dihentikan akses.

image is not available

Jurucakap WhatsApp memaklumkan bahawa semakan ini adalah sebahagian daripada pemeriksaan tahunan syarikat terhadap peranti dan perisian lama yang memiliki jumlah pengguna paling sedikit serta kurang fungsi atau ciri keselamatan terkini.

Peranti dan perisian sering berubah, jadi kami perlu melakukan semakan berkala terhadap sistem yang disokong.

Sebelum sokongan ditamatkan, pengguna akan dimaklumkan dalam aplikasi dan menerima beberapa peringatan untuk menaik taraf,” katanya.

Tindakan ini menyusul selepas aplikasi popular lain seperti Spotify dan Instagram juga tidak lagi menyokong peranti yang diumumkan sebagai ‘lapuk’ oleh Apple.

Pengumuman itu sekali gus bermakna Apple tidak lagi menyediakan sokongan teknikal, alat ganti, mahupun kemas kini keselamatan bagi ketiga-tiga model berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

"Tutup Mata Je Siapkan, Tak Susah Langsung" - Pelajar Sindir Pensyarah 'Try Hard' Bagi Tugasan Banyak, Bangga Siapkan Pakai Deepseek & ChatGPT

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved