
Korang wajib cuba menu ni!
Dijamin Halal, Warga Kuching Wajib Cuba ‘Oyster Omelettes’ Di Bazar Ramadan Satok. Korang pernah cuba ‘oyster omelettes’ atau omelet tiram tak? Kalau belum, korang kena try sebab ia merupakan street food yang sangat popular di Malaysia tak kira di Semenanjung mahupun di Sarawak!
Orang Malaysia panggil dia “oh chien” dalam bahasa Hokkien.
Nak tahu apa yang buat oyster omellete ni begitu sedap? Gabungan telur, adunan tepung ubi kayu, dan rempah yang kaya seperti kicap, lada dan bawang putih.

Pastu, tiram segar dimasukkan ke dalam adunan tu dan digoreng sampai keemasan. Memang padu dan terbaik lah!
Biasa dijual di restoran makanan laut
Kalau korang nak cari oyster omelettes ni, jangan risau sebab hidangan ini boleh didapati di pusat penjaja atau gerai makanan jalanan. Selain tu, restoran makanan laut pun banyak jugak yang menyediakan hidangan ni.

Salah satu lokasi yang boleh anda cuba untuk mendapatkan oyster omelettes di Kuching ni adalah di Bazar ramadan Satok. Yang penting ‘snek’ ini dijamin halal kerana peniaga nya merupakan seorang muslim.

Untuk hidangan oyster omelettes ini, mereka menjualnya dengan harga RM 13 sahaja untuk satu hidangan. Murah bukan?
Dengan jumlah tiramnya yang banyak dan bahannya tidak kedekut, pasti hidangan ini berbaloi buat anda!



