Dijangka Ada Artis K-pop Dijemput, ‘Borneo Sonic Festival’ Bakal Jadi Acara Muzik Terbesar Di Borneo

6 Aug 2023 • 8:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Terdapat ura-ura di mana bakal ada artis K-pop yang akan dijemput!

Dijangka Ada Artis K-pop Dijemput, ‘Borneo Sonic Festival’ Bakal Jadi Acara Muzik Terbesar Di Borneo. Setelah sekian lama menyepi akibat pandemik melanda seluruh dunia, tahun 2023 ini amat happening di mana pelbagai festival serta acara yang menarik berlangsung sepanjang tahun.

Tahun ini antara acara yang dinanti-nantikan ramai adalah festival muzik terbesar di Borneo iaitu Borneo Sonic Festival yang bakal berlangsung pada 6 hingga 7 Oktober 2023 bertempat di Stadium Sarawak di Kuching.

image is not available
Dijangka Ada Artis K-pop Dijemput, ‘Borneo Sonic Festival’ Bakal Jadi Acara Muzik Terbesar Di Borneo. Kredit gambar: FB Borneo Sonic Music Festival

Barisan artis jemputan gempak

Baru sahaja diumumkan, acara muzik terbesar ini dikatakan bakal menampilkan barisan artis jemputan hebat serta gempak!

Dalam perkongsian Borneo Sonic Festival di laman Instagram, mereka telah mengeluarkan video petunjuk (hint) buat orang ramai mengenai barisan artis jemputan yang bakal hadir nanti!

image is not available
Gambar tangkap layar dari Instagram borneosonic.mf

image is not available
Gambar tangkap layar dari Instagram borneosonic.mf

Ramai memberi tekaan artis K-pop akan dijemput

Dalam video petunjuk tersebut, ramai yang membuat tekaan bahawa terdapat artis K-pop yang bakal hadir di Borneo Sonic Festival ini termasuklah barisan artis hebat dari luar negara yang lain.

Walaubagaimanapun, halaman rasmi Instagram Borneo Sonic Festival mengatakan mereka akan mengeluarkan senarai artis jemputan pada minggu hadapan. Setakat ini, cuma petunjuk sahaja diberikan kepada orang ramai untuk diteka.

Apapun, semoga Borneo Sonic Festival pada bulan Oktober ini berjalan lancar dan boleh menarik perhatian ramai pelancongdari mana-mana sahaja datang ke Kuching, Sarawak.

Lagi cerita menarik buat anda di sini: