
Korang jangan lupa bawa beg plastik sendiri, ya!
Festival Makanan Terbesar, Kuching Food Festival Bakal Berlangsung Mulai Esok. Kuching Food Festival merupakan acara yang sangat dinanti-nantikan oleh semua penggemar makanan di Sarawak.
Festival makanan yang mempamerkan pelbagai jenis makanan dari berbagai budaya ini merupakan tarikan utama bagi penduduk setempat.

Salah satu acara terbesar dan terpenting di kalender Sarawak.
Uniknya, bukan sahaja warga Kuching, pelancong luar pun sanggup datang ke Kuching semata-mata ingin memeriahkan pesta makanan terbesar ini.
Festival ini telah meluaskan pengaruhnya dengan merangkumi lebih banyak gerai makanan yang unik dan menjadikannya salah satu acara terbesar dan terpenting di kalender Sarawak.

Di sinilah anda boleh dapati pelbagai hidangan rare
Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba pelbagai hidangan bukan sahaja dari sajian autentik Sarawak malahan hidangan ‘rare’ dan fusion pun boleh didapati di sini!
Friendly reminder juga, di Kuching Food Festival ini juga tidak menyediakan plastik dan straw untuk anda take-away makanan yang dibeli. Jadi, kena bawak sendiri la yaa


