Dijumpai Sudah Mereput Di Dalam Rumah, Mayat Lelaki Berusia 58 Tahun Ditemui Di Kuching

23 Dec 2022 • 8:15 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mayat dijumpai mereput di atas katil

Dijumpai Sudah Mereput Di Dalam Rumah, Mayat Lelaki Berusia 58 Tahun Ditemui Di Kuching. Seorang lelaki berusia 58 tahun ditemui mati di sebuah rumah setinggan di Jalan Kampung Nangka di Kota Sentosa di sini sekitar 2.55 petang semalam.

image is not available
Dijumpai Sudah Mereput Di Dalam Rumah, Mayat Lelaki Berusia 58 Tahun Ditemui Di Kuching. Sumber: Borneo Post

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam satu kenyataan berkata mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan reput di atas katil di dalam rumah.

Mangsa tinggal bersendirian di Kampung Nangka, Kota Sentosa

“Siasatan mendapati si mati tinggal bersendirian dan kali terakhir dilihat memasuki rumah itu tiga hari lalu,” kata Abang Zainal.

Tambahnya, polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri di dalam rumah.

image is not available

Polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat terpaksa memecah masuk ke dalam rumah yang berkunci dari dalam.

Kes diklafikasikan sebagai mati mengejut

“Untuk membawa mayat keluar dari rumah, penyelamat terpaksa memecahkan salah satu dinding rumah,” kata Abang Zainal.

Mendiang dikenali sebagai Morris Kuah Nyoep dari Kampung Jagoi Stass, Bau.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada unsur jenayah ditemui selepas siasatan lanjut ke atas mayat dan rumah itu dilakukan.

Mayat telah dipindahkan ke jabatan forensik Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

Baca lagi artikel terbaru di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved