Dikaitkan Dengan DJ Kidd, Emma Maembong Enggan Kongsi Kisah Cinta Secara Terbuka

EntertainmentLifestyle
7 Aug 2025 • 12:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon popular Emma Maembong menegaskan bahawa dia tidak selesa berkongsi hal peribadi, terutama berkaitan cinta, secara terbuka kepada umum.

Menurut Emma, sejak dari awal pembabitannya dalam dunia seni, dia lebih selesa menyimpan urusan cinta dan rumah tangga secara tertutup.

Jelasnya,

Kalau orang tanya saya akan jawab, tapi taklah sampai nak kongsi secara berlebihan.

image is not available

Emma berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama Seadanya Kita, terbitan Viu Malaysia. Tambahnya, fokus utama kini adalah terhadap kerjaya dan bukan kisah cinta.

Kalau sesuatu perkara boleh dirahsiakan, kenapa perlu dihebahkan?

Mengulas hubungan rapatnya dengan DJ Kidd, Emma memilih untuk tidak memberi komen dan menyerahkan segala soal jodoh kepada takdir. Kehadiran mereka bersama di Anugerah Melodi Terhangat 2025 baru-baru ini mencetuskan spekulasi, namun Emma tetap kekal tenang dan enggan mengulas lanjut.

image is not available 2025-08-06 11:44:44

Emma Maembong Dedah Hubungan Sebenar Dengan DJ Kidd - "Saya Gembira Dengan..."