Dikaitkan Dengan Individu Yang Pernah ‘Scam’ Biasiswa NASA, Alumni Perdana Fellows Beri Keterangan

Entertainment
13 Sep 2023 • 6:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pernah satu ketika kecoh di media sosial, seorang lelaki memaklumkan kepada umum bahawa dirinya ‘berjaya’ terpilih untuk menerima biasiswa daripada National Aeronautics and Space Administration (NASA).

Kisahnya itu mendapat perhatian warganet termasuklah Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Namun tidak lama kemudian, dia membuat ciapan di Twitter (sekarang X) bahawa dia adalah mangsa penipuan scammer.

Baru-baru ini viral di platform media sosial yang sama, ada seorang pengguna telah berkongsi satu poster menyatakan bahawa lelaki itu kini telah terpilih menjadi ahli Perdana Fellow. Menurut laman web Perdana Fellow, program tersebut ditubuhkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2013 untuk memberi pengalaman kepada anak muda dalam hal tadbir urus negara.

image is not available

Walau bagaimanapun, segelintir warganet yang mula sangsi dengan latar belakang dan pencapaian yang diperolehinya sehingga ada yang membuat ‘siasatan’. Hasil pencarian tersebut, dikatakan pencapaian yang dinyatakan adalah tidak benar salah satunya adalah pemenang WorldQuant Brain 2022 Global Alphathon adalah dimenangi oleh Trinh Nguyen asal Vietnam.

Selain itu, ada juga alumni universiti menyatakan bahawa jurusan kejuruteraan elektronik dan komunikasi itu tidak wujud.

Oleh sebab itu, ramai warganet mula marah dan mengecam cara pemilihan ahli fellow tersebut yang dikatakan tidak adil serta tidak menyemak latar belakang ahli-ahlinya.

image is not available

Keterangan Perdana Fellows Alumni Association

Terbaru, presiden Perdana Fellows Alumni Association, Syed Mohamed Arif mengeluarkan satu keterangan mengenai isu seorang ahli fellow yang disyaki ‘menipu’ kelayakan dan pencapaiannya.

image is not available

Dalam keterangan itu, beliau berkata Perdana Fellows Alumni Association tidak mempunyai kuasa untuk menyemak latar belakang pemohon ketika proses pemilihan. Pemilihan tersebut mestilah dilakukan secara adil, telus dan mengikut merit.

Susulan itu, persatuan ini juga telah menyerahkan surat rasmi kepada badan berautoriti untuk menyiasat dengan lebih lanjut mengenai hal ini.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.