Dikatakan Cepat Sangat ‘Move On’ Selepas Bercerai, Fattah Amin Akhirnya Respon – “Apa Yang Saya Lalui Ini Adalah Takdir…”

EntertainmentLifestyle
25 Jun 2025 • 12:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dikatakan cepat ‘move on’ selepas bercerai dengan Fazura tahun lalu, pelakon Fattah Amin akhirnya tampail bersuara dan berkata setiap individu ada cara tersendiri meneruskan kehidupan selepas melalui episod perpisahan.

Bagi aktor berusia 35 tahun itu, tidak ada salahnya jika seseorang itu melupakan kisah silam kerana setiap individu melalui fasa kehidupan yang berbeza.

Semua yang terjadi ada hikmah dan jodoh saya pun sudah ditetapkan sekali. Apa yang saya lalui ini adalah takdir dan jalan yang Allah tetapkan.

image is not available

Jadi, soal saya ‘move on’ atau sama ada saya dapat jodoh cepat mahupun lambat, saya serah pada Allah… Itu sahaja.

Dalam pada itu, Fattah juga tidak menafikan bahawa sesetengah lelaki cepat ‘move on’ berbanding wanita namun ia juga bergantung kepada apa yang dilalui dalam kehidupan.

Mungkin ada sebab mereka cepat melupakan, kena tanya dia balik. Ada pula yang lambat melupakan, bagi saya, cepat atau lambat terpulang pada individu. Sama juga seperti jodoh, ada yang datang cepat dan ada jodoh yang lambat.

image is not available 7 days ago

"Yelah Tu Rakan Sekerja, Mana Ada Orang Sakit Senyum & 'Blushing' Macam Tu" - Irfan Haris Beri Bayangan Hubungan Fattah Amin Dan Amira Othman