Anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania tampil menjelaskan dakwaan segelintir pihak yang mempertikaikan tindakannya membuat siaran langsung jualan di platform perniagaan milik ibu tirinya, Memey Suhaiza.
Menurut Marissa, sesi siaran langsung tersebut bukan dibuat secara mengejut, sebaliknya sudah dirancang lebih awal bersempena kempen jualan 7.7 di TikTok.
View this post on Instagram
“Ada yang isukan saya buat live menjual hari ini dengan hal peribadi keluarga.
“Campaign live TikTok 7/7 ini dah dirancang lama, bukan baru sehari atau seminggu awal.
“Apa-apa kerja pun semua perlu dirancang dulu. Saya datang live, buat kerja,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Terdahulu, hubungan Marissa dan Abby kembali menjadi perhatian ramai selepas timbul pelbagai spekulasi susulansambutan harilahir Marissa yang dikatakan tidak dihadiri pelakon berkenaan.

.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka sudah tampil memberikan penjelasan masing-masing mengenai perkara tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Kali Ini 'Mereka' Berjaya.." - Lama Menghilang, Caprice Dedah Punca Tiba-Tiba Senyap
The post Dikecam Buat ‘Live’ Bersama Memey Suhaiza, Marissa Dania Pertahan Diri – “Saya Datang, Buat Kerja” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






