Diklasifikasi Sebagai Mati Mengejut, Mayat Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Di Tepi Jalan Di Sibu

15 Sep 2022 • 1:21 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Setakat ini polis menglasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Diklasifikasi Sebagai Mati Mengejut, Mayat Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Di Tepi Jalan Di Sibu. Dilaporkan, seorang mayat lelaki tanpa identiti ditemui oleh orang awam semalam di Jalan Tanjung Malim, Sibu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili, anggota polis telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan penemuan tersebut pada 9.24 pagi.

image is not available
Diklasifikasi Sebagai Mati Mengejut, Mayat Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Di Tepi Jalan Di Sibu

Mayat ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian

Mayat ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian di atas jalan, tanpa sebarang dokumen pengenalan diri. Beliau juga berkata tiada kecederaan luaran yang ditemui pada badan mangsa dan tiada juga unsur jenayah dikesan di tempat kejadian.

Bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, jelas beliau.

image is not available

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian

Tambah Zulkipli lagi, beliau menggesa agar sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut atau sesiapa yang mempunyai ahli keluarga mahupun majikan yang mempunyai pekerja hilang boleh singgah ke balai polis berhampiran.

Orang awam juga boleh menghubungi penyiasat ASP Binsin Lunjong di talian 017-802675.

Diharap agar semua di luar sana sentiasa berhati-hati, pastikan anda memberitahu orang terdekat dahulu keberadaan anda untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Zaman sekarang, anda perlu pantau media sosial anak-anak anda untuk mengelak perkara seperti ini berlaku: