Dikritik netizen ‘beza sekarang tutup rambut’, Syasya Rizal terkilan

LocalEntertainment
24 Aug 2026 • 1:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dikritik netizen ‘beza sekarang tutup rambut’, Syasya Rizal terkilan

PETALING JAYA – Dikecam selepas kembali aktif dalam dunia seni, penyanyi Syasya Rizal mengakui terkilan dengan tindakan segelintir pihak yang mempertikai serta memandang rendah tentang penghijrahannya sebagai seorang Muslimah.

Bagi Syasya atau nama lengkapnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, keputusannya untuk berhijab bukan perkara mudah sebaliknya memerlukan usaha dan keyakinan bagi melakukan perubahan.

“‘Beza sekarang tutup rambut saja lah?’ Mungkin kelihatan kecil pada mata awak tetapi ini adalah satu langkah yang amat besar buat saya.

“Ini mengambil masa berbulan-bulan yang penuh dengan usaha, doa dan keyakinan untuk akhirnya saya mula berhijab.

“Jadi, tolong jangan pandang rendah perjalanan hidup seseorang dengan komen macam ‘tak lama lagi cabutlah tudung’,” katanya dalam Threads.

Dalam masa sama, bekas anggota kumpulan Dolla itu percaya setiap individu berdepan dengan ujian hidup berbeza dan mengharapkan doa yang terbaik buat dirinya.

“Sebaliknya, doakan yang baik-baik. Apa yang nampak mudah bagi awak mungkin satu perjuangan besar bagi orang lain.

“Kita semua diuji dengan benda yang berbeza dalam hidup ini. Tak perlulah bandingkan perjuangan sampai rasa perjuangan sendiri lagi besar daripada orang lain,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, keutamaannya kini adalah untuk terus istiqamah serta memperbaiki diri.

“Pada akhirnya, saya hanya cuba menjadi lebih baik daripada diri saya yang semalam dan itu sudah cukup buat saya,” jelasnya.

Sebelum ini, Syasya melancarkan lagu baharu berjudul Different, hasil ciptaannya bersama Amirul Azhar, Asyraf Nasir, Adib Hamdi dan Naim Daniel.

Menerusi video muzik berkenaan, ibu dua anak itu tampil menari sambil mengenakan hijab, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Sebahagian netizen mempertikaikan tindakan Syasya menari dalam penampilan berhijab, malah ada turut mempersoalkan keputusannya meninggalkan Dolla tetapi masih meneruskan konsep persembahan berasaskan nyanyian dan tarian. – KOSMO! ONLINE

The post Dikritik netizen ‘beza sekarang tutup rambut’, Syasya Rizal terkilan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved