
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki menegur bapa kepada influencer cilik yang dikenali sebagai Abang Aji kerana didakwa tidak menjaga pemakanan anaknya itu.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @tareqfit, lelaki itu menasihati ibu bapa agar bertanggungjawab sekiranya anak mereka mengalami masalah obesiti.
“Aku nak tanya satu soalan kepada ayah dia (bapa Abang Aji), kau tak kesian ke keadaan badan anak kau macam itu? Jangan ikut anak, bila anak korang minta makanan tak sihat atau terlebih makan, jangan ikut,” katanya.
@tareqfit #fypmalaysia🇲🇾tiktok❤️ #fypmalaysia🇲🇾tiktokviral #fypmalaysia🇲🇾tiktokviralmalaysia ♬ original sound – TAREQ FIT
Ayah Abang Aji sentiasa pantau pemakanan
Terbaharu, Ayah kepada Abang Aji yang dikenali sebagai Wan tampil memberi ulasan selepas penularan video berkenaan sehingga menyebabkan dirinya mendapat kritikan ramai di media sosial.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @wan.belida.1, Wan berkata, sebagai ayah dia sentiasa memantau pemakanan anaknya itu.
Menurutnya, kandungan yang dimuat naik olehnya selama ini berkaitan Abang Aji hanyalah untuk hiburan semata-mata.
Video di TikTok sudah disunting, Abang Aji sebenarnya tak makan banyak
Jelas Wan lagi, video-video yang ditonton oleh pengguna TikTok juga hanyalah selepas ia disunting.
“Video dia makan itu konten, edit, video itu tidak betul pun. Makanan-makanan yang Abang Aji makan sihat, dia makan tak banyak pun, jangan percaya video tu.
“Video itu saya yang buat bagi orang percaya sebab saya edit, tidak betul pun. Abang Aji tu pelakon, tugas dia hiburkan orang,” katanya.
Abang Aji tak kerap ambil makanan ringan, gemuk kerana susu
Berkongsi lanjut, Wan berkata Abang Aji juga tidak mengambil makanan ringan atau bergula secara berlebihan, malah lebih banyak meminum susu berbanding makanan seperti kanak-kanak lain.
“Dia tak makan makanan proses, gula-gula atau aiskrim dia tak makan, kadang-kadang sahaja. Dia tak dibenarkan makan jajan dalam rumah. Dia makan sehari dua kali sahaja.
“Badan dia besar sebab minum susu, kalau berhenti susu dia akan kurus. Dia baru empat tahun, tak mungkin makan macam orang dewasa. Saya ini ayah, sudah tentu saya jaga dia elok-elok,” ujarnya.
@wan.belida.1 Sekian ulasan hari ini #bangaji ♬ bunyi asal – wan belida 1

![Peguam Dedah Kesan Diisytihar Muflis, Ramai Salah Faham Tentang Status Bankrupt [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/personal-finance.jpeg)
![“Makin Berusia, Makin Perlu Doa” – Aksi Lelaki Wakaf Barang Keperluan Di Masjid Buat Ramai Kagum [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)

