“Makin Berusia, Makin Perlu Doa” – Aksi Lelaki Wakaf Barang Keperluan Di Masjid Buat Ramai Kagum [Video]

10 Jul 2025 • 6:07 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui, tidak semua di kalangan masyarakat yang hidup serba mewah. Oleh disebabkan itu, tindakan orang ramai yang berkongsi rezeki sememangnya membantu golongan sebegini.

Tidak semestinya dengan orang kurang berkemampuan, tetapi dengan sesiapa sahaja kerana Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala tinggi buat mereka yang mengamalkan sedekah dalam rutin harian mereka.

Seperti sebelum ini, seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah bertindak menyediakan makanan tengahari buat rakan serumah di kolej. Bukan sahaja memasak, bahkan dia juga sanggup mengutip durian segar di dusun.

Lelaki Sedekah Barang Keperluan Untuk Kegunaan Di Masjid

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@izzatltfi) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Izzat berkongsi momennya membeli barang keperluan untuk diwakafkan.

Menerusi video perkongsian, kelihatan lelaki tersebut pergi ke kedai runcit bagi mendapatkan beberapa unit sabun cuci tangan, tisu dan juga selipar tandas untuk disedekahkan kepada sebuah masjid.

Setiap barangan terbabit pula dapat digunakan oleh pengunjung atau jemaah di rumah Allah SWT itu. Menurut Izzat, dia berniat untuk melakukan perkara murni ini bersempena dengan ulang tahun kelahirannya.

“POV: Kau perlukan doa semasa hari jadi kau,” kata Izzat.

Selepas selesai memilih dan membeli, Izzat terus ke sebuah masjid dan menyusun kesemua barangan dengan rapi di dalam tandas dan juga selipar di hadapan pintu masuk.

Dia juga tidak terlupa menulis ‘WAKAF’ pada setiap produk yang disedekahkan agar orang lain tidak berasa was-was untuk menggunakannya.

Alhamdulillah, setiap kelengkapan itu dapat digunakan dengan baik oleh pengunjung masjid berkenaan.

@izzatltfi Makin bertambah usia, tiada lain hanya perlukan doa !🚶🏻‍♂️ #fypシ #4u #birthday ♬ suara asli – NayakaaBaMa

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Lelaki Kongsi Rezeki

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji Izzat kerana baik hati menderma barang keperluan itu di masjid.

“Alhamdulillah kita sama, kongsi rezeki semasa birthday sendiri. Kongsi rezeki bukan membuatkan duit kita makin berkurang, percaya pada rezeki yang akan datang,” kata seorang netizen.

Malah ada individu yang berkata dia bersyukur sekiranya ada insan berkongsi rezeki barang kelengkapan di masjid.

“Saya bersyukur sangat kalau ada yang tinggalkan pencuci muka tau. Saya akan terus doakan je orang tu. Sebab kita ni selalu tertinggal pencuci muka,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, kebaikan yang ditunjukkan oleh Izzat juga telah menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk melakukan perkara sama selepas ini.

“Saya non-Muslim, tapi teringin juga nak buat macam ni (aktiviti sedekah),” kata seorang pengguna TikTok.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: TikTok (@izzatltfi)

2 Rakan Sedekah Barang Di Surau MRT

Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, wakaf sangat digalakkan dalam Islam kerana pahalanya berterusan selagi harta tersebut digunakan.

Oleh disebabkan manfaatnya yang tinggi, ramai yang sudah mula melakukan perkara sama seperti Izzat iaitu wakafkan barang di tempat awam.

Seperti sebelum ini, dua sahabat mendapat perhatian ramai selepas mereka bertindak mewakafkan beberapa barangan ke surau-surau MRT sekitar Selangor seperti selipar, ‘makeup wipes’ serta tisu.

Setelah itu, mereka dilihat mengusung beg plastik berisi barangan tersebut sebelum meletakkannya di beberapa surau stesen MRT yang dikunjungi.

Terima kasih orang baik!❤️

Source: