Tular Dakwaan Papan Tanda Hotel Di Sabah Guna Bahasa Asing, Pihak Hotel Tampil Beri Respon

Entertainment
6 Jan 2025 • 2:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular satu hantaran daripada seorang pelancong tempatan meluahkan rasa kecewa kerana tiada tulisan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris pada papan tanda di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah.

Menerusi hantaran itu, dia menunjukkan papan tanda itu ditulis dalam bahasa Cina dan bahasa Korea.

Disebabkan itu, dia mendakwa alami kesukaran untuk mencari lokasi kolam renang dalam hotel tersebut kerana tidak memahami arahan pada papan tanda bahasa asing tersebut.

“Jangankan bahasa Melayu, English pun tiada. As local sedihlah. Kita nak cari swimming pool di hotel ni, menggagau mencari tanya pekerja dia.”

image is not available

Pihak hotel tampil beri respon

Susulan hantaran itu telah meraih perhatian ramai, Promenade Hotel & Resort menyatakan rasa terkejut dengan kenyataan terbabit.

Katanya, terdapat papan tanda yang menggunakan bahasa Inggeris yang diletakkan bertentangan dengan papan tanda bahasa asing itu.

“Sebagai jenama tempatan yang mempunyai hubungan rapat dengan pelanggan tempatan dan antarabangsa, kami sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa papan tanda kami merangkumi bahasa yang biasa digunakan.

“Menerusi satu hantaran tular baru-baru ini, kami terkejut bahawa papan tanda bahasa Cina dan bahasa Korea kami dipaparkan secara negatif walaupun versi bahasa Inggeris juga ada (seperti dalam gambar).

“Walau bagaimanapun, untuk mengatasi salah faham ini, kami telah menggabungkan kedua-dua papan tanda ini untuk memudahkan rujukan.”

image is not available

Apa pendapat korang tentang isu ni?

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.