Bayi sulung Marissa Dania yang merupakan anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim dilaporkan meninggal dunia ketika dilahirkan dalam keadaan pramatang.
Memetik Harian Metro, sumber memberitahu Marissa atau nama penuhnya Marissa Dania Hakim,19, sedang hamil enam bulan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.
Difahamkan, pada hari kejadian, Marissa dan Aslam menghadiri sebuah acara pelancaran produk sebelum dibawa ke hospital selepas mengadu sakit perut.
“Bagaimanapun, bayi itu meninggal dunia ketika dilahirkan dalam keadaan pramatang,” kata sumber.
Menurut sumber lagi, bayi itu selamat dikebumikan pada keesokan harinya.
Bayi sulung Marissa Dania, Aslam meninggal dunia
Perkara itu juga diketahui oleh bapa Marissa iaitu Norman Hakim dan orang terdekat sahaja.
Sementara itu, Marissa juga dilihat memuat naik gambar makanan untuk wanita sedang berpantang di Instagram Story, selain meletakkan gambar suaminya.
Terdahulu, anak sulung kepada pasangan selebriti popular ini bertindak mengunci mulut mengenai dakwaan dirinya sedang berbadan dua.
Spekulasi mengenai kehamilan Marissa timbul selepas netizen ternampak ‘baby bump’ ketika dia meraikan ulang tahun adiknya pada 16 Julai lalu.
Ketika ditemui media, dia juga meminta doa orang ramai agar segala urusan dipermudahkan.