Dilapor Dah Beli Rumah Bersama, Netizen Teka Lee Donghwi & Jung Hoyeon Bakal Berkahwin

22 Apr 2024 • 11:39 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Dah 9 tahun bercinta, adakah Lee Dong-whi dan Jung Ho-yeon akan memasuki alam perkahwinaan tak lama lagi?

Untuk pengetahuan, Lee Dong-hwi dan Jung Ho-yeon mula bercinta pada 2016 dan kini mereka merupakan antara pasangan dengan hubungan paling lama dalam indsutri hiburan.

Terbaru, laman web QQ memetik dari sumber yang boleh dipercayai, mengatakan bahawa pasangan itu telah membeli sebuah vila bersama di kawasan Pyeongchang-dong di Seoul, Korea.

Tambahan, broker hartanah berkata bahawa mereka datang bersama untuk melihat rumah tersebut dan akhirnya memutuskan untuk membeli vila di kawasan itu.

image is not available

Dengan ini, ramai yang membuat spekulasi Lee Dong-hwi dan Jung Ho-yeon akan berkahwin tak lama lagi dan rumah itu dibeli untuk mereka tinggal bersama nanti.

Namun setakat ini, agensi masih belum memberi apa-apa kenyataan mengenai khabar angin tersebut.

Kalau betul, tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.