
Dilapor Hilang Sejak 11 Oktober, Polis Mohon Bantuan Kesan Khairul Amir
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki yang dilapor hilang sejak 11 Oktober lepas.
Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Zaiham Mohd Kahar, laporan tentang kehilangan Khairul Amir Ismail, 24, diterima pihaknya kira-kira 3.43 petang pada 21 Oktober lalu.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, Khairul Amir memiliki kulit sawo matang, berketinggian kira-kira 165cm dan miliki berat badan 60 kg.
“Penampilan terakhirnya ialah berbaju T-shirt berkolar yang mempunyai corak berbelang coklat putih dan berseluar panjang warna hitam,” ujar Zaiham.
Orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta tampil ke mana-mana balai polis
Sehubungan itu, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan.
Tambah Zaiham, orang ramai turut boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2231999.
Dalam pada itu, orang ramai juga boleh menghubungi mana-mana balai polis di bawah pentadbiran IPD Bentong seperti berikut:
Balai Polis Bentong: 09-2222222
Balai Polis Genting Highlands: 03-61012222
Balai Polis Karak: 09-2311222
Balai Polis Lurah Bilut: 09-2377222
Balai Polis Manchis: 09-2450522
Balai Polis Bukit Tinggi: 09-2330222
Balai Polis Telemong: 09-2399222
Sumber: POLIS Bentong via Facebook
The post Dilapor Hilang Sejak 11 Oktober, Polis Mohon Bantuan Kesan Khairul Amir appeared first on Siakap Keli.



