Dilapor Hilang, Mat Redho Mohon Bantuan Kesan Anak

21 Oct 2024 • 3:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dilapor Hilang, Mat Redho Mohon Bantuan Kesan Anak

Atlet sukan tempuh halangan negara, Mohd Redha Rozlan memohon orang ramai untuk membantu mengesan anaknya yang dilaporkan hilang hari ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Mohd Redha yang lebih dikenali sebagai Mat Redho melalui satu hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Menurut Mat Redho anaknya, Haq Medin yang berusia 7 tahun kali terakhir dilihat berada di perhentian bas Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2).

Ketika itu, Haq dilapor memakai baju berwarna kuning, berseluar biru, berkasut hitam dan menggalas beg sekolah.

“Mohon kongsi. Semoga dipermudahkan Allah,” kata Mt Redho.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya mendoakan agar Mat Redho segera bertemu dengan anaknya semula.

Dalam pada itu, ada juga yang mendakwa Haq sudah ditemui, bagaimanapun tiada sebarang kemas kini dibuat oleh Mat Redho di Facebooknya setakat ini.

Sama-sama kita doakan agar urusan Mat Redho sekeluarga dipermudahkan.

Sumber: FB Mat Redho