Dilaporkan hilang, Fiffy Arnatasya rupanya tinggal bersama rakan, alami tekanan di asrama

31 Jul 2024 • 5:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Remaja perempuan, Fiffy Arnatasya rupanya tinggal bersama rakan selepas dilaporkan hilang pada 28 Jun lalu dan kini telah pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat, semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani.

Fiffy Arnatasya rupanya tinggal bersama rakan

Menurut beliau, pihaknya telah menerima laporan berkaitan penemuan remaja berusia 16 tahun itu daripada keluarganya pada jam lebih kurang 3.45 petang.

Hasil rakaman percakapan daripada Fiffy Arnatasya, dia keluar daripada rumah kerana mengalami tekanan di asrama sekolah.

image is not available

“Sepanjang tempoh kehilangannya, dia tinggal bersama rakannya di Johor.
“Justeru, pihak polis mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang tampil menyalurkan maklumat mengenai orang hilang ini,”katanya dalam kenyataan hari ini.

image is not available

 

Terdahulu, polis meminta orang ramai mengesan Fuffy Arnatasya yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak 27 Jun lalu.

Difahamkan, remaja itu dilaporkan kali terakhir dilihat di Kampung Terusan, Juasseh dan ia merupakan kali kedua remaja itu menghilangkan diri.

image is not available

Pada kehilangan pertama, ahli keluarga remaja berkenaan dapat menemukan dan membawa Fiffy pulang ke rumah.