Dilihat Hadir Ke Mahkamah Syariah, Isteri Fikry Ibrahim Fail Cerai?

Entertainment
19 Jun 2025 • 10:41 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tiada angin tiada ribut, rumah tangga pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim yang baru dibina empat bulan lalu didakwa goyah apabila isterinya, Khalizah Alihan memfailkan permohonan cerai.

Menurut sumber, Siti Khalizah Alihan, 37, dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekitar pukul 9.40 pagi dengan persalinan serba hitam bersama peguam syarie yang dilantiknya.

Peguam syarie mewakili Khalizah, Wan Muhammad Afiq Mohd. Razib mengesahkan mengenai sebutan kes perceraian hari ini selain memberitahu tidak pasti mengenai kehadiran Fikry.

Kelibat Fikry atau Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, bagaimanapun masih belum kelihatan sehingga kini pada sebutan tuntutan dan permohonan cerai yang berlangsung di mahkamah hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim)

Laporan mStar turut mengatakan, permohonan cerai itu dibuat di mahkamah terbabit sekitar Mei lalu.

Untuk rekod, Fikry dan Khalizah berkahwin pada 12 Januari lalu dalam sebuah mahjlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Kedah.

Perkahwinan mereka hanya diketahui umum selepas Fikry memuat naik gambar pernikahan mereka.

Sumber: mStar, Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.