“Dinding Asrama Berkulat, Kipas Dinding Kecik” – Pelajar Baru Persoal ‘Standard’ Fasiliti Asrama Yang Disediakan Oleh Universiti Ini

LocalOpinion
1 Oct 2024 • 3:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, kemasukan pelajar sesi baru ke universiti yang dipilih telah pun berlangsung pada minggu lalu dan semua ketahui, pelajar semesta pertama akan duduk di asrama yang telah disediakan oleh pihak universiti.

Pelajar tunjuk keadaan ‘naif’ asrama

Bagaimanapun, baru-baru ini, seorang pelajar baru memuat naik satu video memaparkan keadaan asrama yang diduduki dan ia telah meraih perhatian ramai.

Dapat dilihat, keadaan fasiliti asrama yang disediakan kelihatan amat naif dan seperti tidak terjaga kerana cat dinding sudah kusam, bahkan mempunyai tompok berkulat dalam bilik asrama itu.

image is not available

Bukan saja bilik, malah di kawasan beranda dan tandas juga ada hingga menjadikan asrama itu seakan-akan sudah lama ditinggalkan tanpa dijaga.

Persoal fasiliti asrama yang disediakan oleh pihak universiti

Secara keseluruhannya, persekitaran asrama itu amat tidak memuaskan dan tidak sesuai untuk didiami oleh pelajar semesta pertama yang baru memasuki ke universiti tersebut.

image is not available

Susulan itu, pelajar terbabit persoalkan adakah ini sahaja standard universiti terbabit dalam menyediakan fasiliti asrama dan pasti ia mendatangkan rasa marah kerana pelajar perlu membayar yuran ratusan ringgit untuk duduk di asrama.

image is not available 5 months ago

Dua Pelajar Fakulti Perakaunan UiTM Berjaya Raih Tempat Kedua Dunia Dalam Peperiksaan ACCA!