“Seolah-olah Anak Sendiri”- Rosmah Mansor Bangga Izz Imil Jadi Pelajar Termuda Masuk UM

LocalEntertainment
30 Sep 2024 • 3:36 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sebelum ini, tular di media sosial apabila terdapat seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 12 tahun yang berjaya menempatkan dirinya sebagai salah seorang pelajar baru mendaftar di Universiti Malaya bagi sesi 2024/2025.

Perkara itu secara tidak langsung menjadi perhatian ramai, kerana kanak-kanak yang dikenali sebagai Izz Imil, memecah rekod sebagai penuntut termuda di universiti terkemuka berkenaan sejak ia ditubuhkan pada tahun 1962.

Malah kanak-kanak ini sebelum ini pernah memasuki Permata Pintar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai pelajar Tingkatan 1 pada usia 6 tahun. Dia kemudian menyambung pelajaran ke peringkat O level pada usia 8 tahun dan A level ketika berusia 11 tahun.

Kejayaan Izz Imil buat Rosmah Mansor bangga

Terbaharu, berita mengenai Izz Imil secara tidak langsung turut menarik perhatian isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang meluahkan rasa gembira dan bangganya terhadap pencapaian kanak-kanak berkenaan.

Katanya kejayaan yang dicapai oleh adik Izz Imil seperti kanak-kanak itu adalah anaknya sendiri.

“Kebanggaan yang saya rasa hari ini seolah-olah dia adalah salah seorang anak saya sendiri. Bertahun-tahun yang lalu, kanak-kanak ini telah menarik perhatian saya dengan kecemerlangannya ketika pertama kali berjumpa di Permata Pintar.

“Iz dan beberapa pelajar lain yang menghadiri Permata Pintar adalah sebab mengapa kami menubuhkan pusat tersebut (Permata Pintar), direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan individu dan setelah melihat bagaimana pusat seperti ini di negara luar beroperasi.

“Dan Iz kemudian memiliki pensijilan John Hopkins. Hari ini hati saya berbangga apabila beliau menjadi pelajar termuda yang didaftarkan sepanjang sejarah Universiti Malaya sejak penubuhannya pada 1962.

“Iz Imil baru berusia 12 tahun dan hari ini dia akan mengikuti tahun pertama Sarjana Muda Sains dalam Matematik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Doakan kejayaan kanak-kanak pintar berkenaan

Beliau turut meluahkan rasa syukur dengan sejarah yang tercipta serta mendoakan semoga Allah memberikati perjuangan kanak-kanak berkenaan.

Sebagai info, Permata Negara adalah projek yang diilhamkan oleh Rosmah bersama dengan beberapa kumpulan profesional, pendidik, ahli akdemik pakar perubatan serta lain-lain.

Melalui projek itu, terdapat lima program utama iaitu:

  • Permata Pintar
  • Permata Seni
  • Permata Insan
  • Permata Remaja
  • Permata Kurnia