Dinding Rumah Flat Tercabut Akibat Ribut Kencang, Pihak DBKL Pasang Dinding Sementara

20 May 2023 • 2:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Petang semalam, tular sebuah video yang memaparkan dinding sebuah rumah flat perumahan awam Loke Yew yang tercabut akibat ribut yang kencang di ibu kota.

Difahamkan, tak lama selepas kejadian, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memasang dinding sementara untuk menutup dan memagar kawasan rumah berkenaan.

Menurut Harian Metro, pihak DBKL dalam suatu kenyataan turut mengatakan bahawa hazard tape juga telah dipasang di kawasan tersebut agar kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan.

image is not available

Difahamkan, rumah tersebut yang terjejas akibat ribut akan dibaiki dalam waktu yang terdekat.

Manakala empat lagi buah rumah di Blok 3 Perumahan Awam Seri Johor pula tercabut bumbung.

Kanvas sementara juga telah dipasang di bumbung unit-unit rumah yang terjejas dan kerja-kerja baik pulih juga akan bermula secepat yang mungkin.

Penghuni unit-unit rumah yang terjejas difahamkan telah berpindah ke rumah saudara mara terdekat mereka kerana kediaman mereka buat masa ini tidak selamat untuk diduduki.

Menurut DBKL lagi, untuk keselamatan semua pihak, mereka juga telah memutuskan bekalan elektrik di rumah-rumah yang terbabit.

Sumber: Harian Metro

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.