Dipenjara 35 tahun, lelaki terlepas hukuman gantung

14 May 2024 • 4:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jo Ann Mool

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 28 tahun terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan meringankan hukuman matinya kepada penjara 35 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh jirannya di Kudat.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Ravinthran N. Paramaguru, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Dr. Choo Kah Sing membuat keputusan itu dan meringankan hukuman mati Hibir Azlan selepas mendengar kesnya.

Hibir diperintahkan menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap.

Dia pada 7 Dis, 2021 dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah membunuh Jotin Yojunpin, 45, jam 1 petang pada 29 Dis, 2016 di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Garau, Kampung Narandang di Kudat.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Terdahulu, peguam Arthur Borine yang mewakili Hibir memaklumkan mahkamah bahawa surat representasi mereka kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya supaya Hibir dipenjarakan berikutan pindaan yang dibuat kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, telah diterima.

Pihak pendakwaan sebagai responden mengesahkan perkara itu.

Susulan pindaan itu, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi daripada 40 tahun ke atas pesalah jika tidak dijatuhkan hukuman mati.

Pesalah lelaki juga hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali sebatan rotan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.