Dipercayai himpit Azizulhasni, IG atlet Perancis ‘diserang’ netizen Malaysia

11 Aug 2024 • 3:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

IG atlet Perancis yang dipercayai menghimpit Datuk Azizulhasni Awang sehingga beliau hampir terjatuh dalam heat pertama acara keirin lelaki Olimpik Paris 2024 telah diserang netizen Malaysia yang merasakan dia menjadi salah satu punca penyertaan jaguh pecut negara dibatalkan.

Difahamkan, Datuk Azizulhasni telah memuat naik penjelasan ringkas di media sosial miliknya dengan mengatakan bahawa dirinya mengalami himpitan sewaktu memasuki pusingan keempat.

image is not available

IG atlet Perancis kena serang lepas kena ‘petik’ lakukan himpitan

Menerusi point nombor 6 yang ditulis atlet trek berbasikal itu, beliau menyatakan bahawa dirinya telah dihalang dan dihimpit oleh pelumba dari Perancis sehingga hampir terjatuh.

Namun, mujur beliau mempunyai kemahiran mengendalikan keadaan tersebut sebelum terus dikejar dan ingin dihimpit buat kali kedua sehingga Azizulhasni terpaksa mengambil tindakan bergerak ke hadapan untuk mengelak.

image is not available

IG atlet Perancis sampai terpaksa tutup komen

Susulan daripada, Instagram pelumba Perancis dikenali sebagai Rayan Helal telah diserang netizen dari Malaysia dengan menuduhnya sebagai pelumba yang teruk.

Tindakan tersebut membuatkan Helal mengambil langkah menutup ruangan komen di salah satu posting berkenaan dirinya sewaktu berada di Olimpik Paris 2024.

image is not available

Pelumba basikal yang teruk

image is not available

Tuhan nampak apa kau buat

image is not available

Tak profesional lakukan kekerasan yang agresif

 

image is not available

Plaese nak komen tu jaga sikit nama Dato’

Walau bagaimanapun, ada juga yang meminta untuk rakyat Malaysia tidak terlalu agresif dalam menyelar tindakan pelumba dari negara tuan rumah berkenaan kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada nama baik Datuk Azizulhasni Awang.

image is not available

Terdahulu, jaguh pecut kelahiran Terengganu itu telah disingkirkan dalam acara kegemarannya sewaktu bersaing dalam heat pertama keirin lelaki.

Perkara tersebut sudah tentu amat mengecewakan beliau serta seluruh rakyat Malaysia memandangkan pingat emas menjadi sasaran di acara tersebut.

Walau bagaimanapun, satu lagi wakil Malaysia, Shah Firdaus telah berjaya mara ke suku akhir apabila mengungguli pusingan repecharge dan atlet tuan rumah pula disingkirkan.

Sumber: Instagram Rayan Helal