Dipercayai Kurang Siuman, Tular Video Pemandu SUV Bercakap Seorang Diri Dan Menari

LocalPolitics
10 Oct 2024 • 10:32 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
uitm

Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun maut manakala seorang cedera parah selepas dirempuh pemandu dipercayai tidak siuman.

Lapor Sinar Harian, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV dan dua buah motosikal Yamaha jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135 LC.

Susulan kejadian, netizen berkongsi video menunjukkan suspek wanita terbabit bercakap seorang diri dan menari-nari.

Suspek wanita berusia 49 tahun dilaporkan telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, media melaporkan mangsa yang maut ialah pelajar tahun 2 UiTM Dungun jurusan Sarjana Muda Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan, Muhammad Akmal Md Tukirin.

image is not available

Dua lagi mangsa masing-masing pelajar tahun 2 jurusan Sarjana Muda Sains Perakaunan iaitu Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian | X localrkyt