Dipersoal Kenapa Tak Buat Laporan Polis Dulu, Uqasha Senrose Jawab – “Aku Ni Pulak Bod*h Nak Tutup…”

LocalEntertainment
19 Dec 2025 • 12:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Uqasha Senrose sekali lagi meluahkan perasaan susulan pelbagai persoalan yang dilemparkan kepadanya berhubung dakwaan keganasan rumah tangga, khususnya mengapa laporan polis tidak dibuat lebih awal.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, Uqasha mempersoalkan tanggapan segelintir pihak yang mempertikaikan tindakannya tanpa memahami situasi sebenar yang dihadapi.

Advertisement

image is not available

Org blh question kenapa tk buat report polis? I dgn dia org kenal tak? sigggghhhh.

Dalam perkongsian sama, Uqasha turut menyuarakan rasa kecewa apabila ada pihak seolah-olah menganggap ibu bapa wajar berdiam diri walaupun mengetahui anak mereka didakwa didera, termasuk ketika hamil, melahirkan anak dan dalam tempoh berpantang.

Tak tahu pulak bila bapak tahu anak dipukul semasa mengandung, melahirkan dan pantang baru 2 minggu didera … kena diam diri?.

Uqasha turut mengakui keputusan untuk berdiam diri sebelum ini dibuat kerana tidak mahu mencetuskan kemarahan keluarga, walaupun tindakan itu memberi kesan besar kepada dirinya.

“Saya Pun Ada Parut Di Badan Tak Boleh Buang, Ada Bukti” – Kamal Adli Dakwa Uqasha ‘Recycle’ Gambar Lama

“N aku ni pulak bodoh nk tutup sbb tk nak family marah …” luahnya.

image is not availableimage is not available

Luahan tersebut mendapat perhatian warganet, dengan ramai menyuarakan sokongan dan menyifatkan keputusan mangsa untuk berdiam diri sering didorong oleh faktor emosi, keselamatan serta tekanan keluarga.

Isu rumah tangga pelakon itu terus menjadi perhatian ramai susulan pendedahan demi pendedahan yang dibuat, dengan orang ramai menantikan perkembangan lanjut daripada proses siasatan dan prosiding mahkamah yang sedang berjalan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-12-19 09:37:36

"Saya Pun Ada Parut Di Badan Tak Boleh Buang, Ada Bukti" - Kamal Adli Dakwa Uqasha 'Recycle' Gambar Lama

The post Dipersoal Kenapa Tak Buat Laporan Polis Dulu, Uqasha Senrose Jawab – “Aku Ni Pulak Bod*h Nak Tutup…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.