Direka Dengan Bentuk Belalang, Kafe Ini Paling Unik Di Korea Selatan!

3 Dec 2023 • 4:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika di Malaysia, ramai anak muda yang gemar ke kafe-kafe estetik sebab selain nak lepak dengan kawan, kafe-kafe dengan konsep sebegitu juga cantik untuk kita bergambar.

Namun, di Korea Selatan pula, ada sebuah kafe dengan konsep yang lain daripada yang lain apabila bangunan kafe itu direka dengan bentuk seperti serangga belalang!

image is not available

Memetik laporan Atlas Obscura, kafe yang dinamakan ‘Grasshoper’s Dream’ itu sebenarnya dibina dengan menggunakan gerabak kereta api yang diubah suai menjadi bangunan tersebut.

Siap ada sesungut dan mata lagi tau!

image is not available

Kafe dengan bentuk belalang itu terletak di lokasi Stesen Gujeol-ri yang sememangnya terkenal dengan aktiviti berbasikal di landasan kereta api lama.

Difahamkan juga, tingkat bawah kafe itu menjual hidangan pasta manakala tingkat atas pula ialah kafe yang menjual pelbagai jenis minuman dan kopi.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.