Direka Untuk Jaga Alam Sekitar, Makan ‘Rice Straw’ Boleh Menyebabkan Masalah Penghadaman?

EnvironmentFood
27 Aug 2024 • 1:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Banyak kedai makan sekarang ini tidak menyediakan straw plastik bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar, jadi ada beberapa jenama besar minuman yang memilih menggunakan rice straw sebagai ganti.

Diperbuat daripada beras tapi tak boleh makan?

Satu hantaran oleh @fatenaqeela yang gemar berkongsi ilmu teknologi makanan di TikTok mendedahkan rice straw sebenarnya direka khas untuk keselamatan makanan dan mesra alam.

Walaupun salah satu bahan untuk membuat straw itu adalah beras dan boleh dimakan, sebenarnya ia boleh meningkatkan risiko kesihatan kepada diri kita.

Diperbuat daripada beras dan bahan lain yang selamat tapi disebabkan bukan direka untuk makan secara berleluasa boleh menyebabkan masalah penghadaman.

Selain itu, rice straw hanya boleh digunakan sekali sahaja dan bahannya berasaskan tumbuhan. Ia akan menjadi lembab dalam beberapa minit sekiranya terdedah dengan suhu air yang panas lebih 60 darjah celcius. Manakala untuk air sejuk, ia akan mula lembab dalam masa dua sehingga tiga jam.

image is not available image is not available

Pernah orang buat pasta rice straw

Disebabkan sebelum ini tular rice straw boleh dimakan sehingga ada yang membuat content cara untuk memasak pasta rice straw, ramai netizen mula sedar tentang bahayanya ia jika dimakan selalu.

image is not available

Walaupun bahannya adalah beras, ia sama sekali tidak boleh disamakan dengan pasta kerana kedua-duanya direka dengan tujuan yang berbeza.

image is not available

Min pun baru tahu…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.