Dirindui Ramai, Ayah Jimin BTS Kongsi Foto Terkini Bersama Anak Buat Peminat Di Instagram

19 Jan 2024 • 10:55 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Di penghujung tahun 2023, Ji-min dan Jung-kook BTS telah menjadi ahli BTS yang terakhir untuk memasuki latihan ketenteraan.

Seperti tentera yang lain, Ji-min telah menjalani latihan asas dan menulis surat buat peminat sejurus selepas latihan itu berakhir.

Disebabkan acara itu tidak boleh dihadiri peminat, ayah kepada ahli BTS tersebut telah berkongsi gambar berharga Ji-min semasa menerima penganugerahan tersebut.

Ayah Ji-min BTS mengusahakan sebuah kafe bernama Magnate di Busan, dan dia dikenali dengan sikapnya yang sentiasa menyokong Ji-min dengan setiap cara yang mungkin dan sering berinteraksi dengan ARMY (kelab peminat BTS).

Di laman Instagram kafe tersebut, gambar terbaru Ji-min bersama keluarganya di majlis graduasi tersebut telah dikongsikan buat peminat.

Di mana di dalam gambar tersebut, Ji-min dengan bangganya telah tampil memakai pakaian seragan dan kelihatan tampan seperti biasa.

Tidak cukup di situ, mesej daripada Ji-min juga telah diselitkan di ruangan kapsyen hantaran tersebut di dalam tiga buah bahasa iaitu Inggeris, Korea dan Jepun buat peminat di seluruh dunia.

image is not available

Hantaran itu telah mendapat perhatian ramai terutamanya perhatian peminat yang sedang merindui ahli BTS tersebut.

Sabar okay tak lama je lagi Ji-min dah nak keluar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.