Disambut Meriah Tidak Mengira Bangsa, Kuching Intercultural Mooncake Festival Dipuji Ramai

5 Sep 2022 • 11:40 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kekalkan keharmonian dan perpaduan sesama kita.

Disambut Meriah Tidak Mengira Bangsa, Kuching Intercultural Mooncake Festival Dipuji Ramai. Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak adalah lambang perpaduan buat negara kita. Walaupun berlainan kaum, bangsa dan juga agama, rakyat tempatan di sini masih lagi bersama-sama memeriahkan Kuching Intercultural Mooncake Festival.

Kuching Intercultural Mooncake Festival menghimpunkan lapisan masyarakat daripada pelbagai kaum, budaya ini telah mendapat sambutan yang amat meriah sekali daripada penduduk tempatan.

image is not available
Disambut Meriah Tidak Mengira Bangsa, Kuching Intercultural Mooncake Festival Dipuji Ramai. Sumber: FB Nurul Huda

Vendor di Kuching Intercultural Mooncake Festival

Vendor di festival ini bukan sahaja terdiri daripada masyarakat Cina, terdapat juga vendor dari bangsa lain yang turut menjual hasil mereka. Jadi anda tak perlu risau dengan status makanan Halal di sini kerana terdapat penjaja muslim yang menjual aneka makanan yang enak buat anda.

Baru-baru ini, Facebook @visitsarawak telah berkongsi beberapa gambar menunjukkan kepelbagaian budaya di negeri ini. Masyarakat tidak mengira kaum dan bangsa datang untuk merasai sendiri pengalaman unik Kuching Intercultural Mooncake Festival pada tahun ini.

image is not available
Sumber gambar: FB @visitsarawak

Berbangga dengan keharmonian penduduk di negeri Sarawak

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai rakyat tempatan yang masing-masing berbangga dengan keharmonian penduduk di negeri Sarawak.

Setelah 2 tahun tidak dianjurkan gara-gara pandemik, festival ini kembali lagi di Kuching bertempat di Jalan Carpenter bermula pada 1 September lalu hingga 10 September akan datang. Jadi buat anda di luar sana yang ingin merasai keunikan sambutan Intercultural Mooncake ini, anda boleh singgah di sini!

Baca lagi cerita menarik di sini: