Disangka 2-3 Hari Terkunci Dalam Bilik Air, Mayat Lelaki Ditemui Di Kuching Sentral

13 Mar 2023 • 2:21 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mayat ditemui dalam bilik air terkunci.

Disangka 2-3 Hari Terkunci Dalam Bilik Air, Mayat Lelaki Ditemui Di Kuching Sentral. Dilaporkan bahawa seorang mayat lelaki yang mungkin telah berada dekat bilik air dalam tempoh 2 hingga 3 hari ditemui.

Menurut perkongsian daripada Sarawak Roads Update di dalam Facebook mereka, mayat berkenaan ditemui di dalam bilik air di tingkat bawah Kuching Sentral Bas Terminal.

image is not available
Disangka 2-3 Hari Terkunci Dalam Bilik Air, Mayat Lelaki Ditemui Di Kuching Sentral

Baru sahaja ditemui pada hari ini

Dikatakan bahawa bilik air di mana mayat tersebut ditemui telah terkunci dan baru sahaja dijumpa sebentar tadi.

Dalam gambar yang dikongsikan di Facebook berkenaan juga dilihat bahawa Ambulans telah datang untuk mengambil mayat.

image is not available

Setakat ini punca kematian mangsa belum lagi diketahui.

Diharap agar orang ramai tidak menyebar spekulasi yang tidak baik untuk menjaga kehormatan si mati serta keluarga si mati.

Lagi berita terkini buat anda di sini: