Disangka Bakal Naik Pelamin, Hawa Rizwana Tampil Menafikan – “Bukan Saya Yang Nak Kahwin..”

EntertainmentLifestyle
12 Jun 2025 • 1:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular satu gambar yang dikongsikan oleh seorang pereka fesyen iaitu Halim Asmuni yang berkongsi rekaan tulisan jawi yang akan disulam pada busana pengantin dengan intial ‘ha’ dan ‘nun’.

Netizen mula meneka siapakah pemilik intial itu dan ada yang menyangka pemilik nama itu ialah Hawa Rizwana.

image is not available

Susulan itu, pengacara dan penyampai radio popular itu menafikan dia bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, memetik laporan Gempak, Hawa atau nama lengkapnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan meminta agar orang ramai mendoakan hari bahagia itu akan tiba.

image is not available

image is not available

image is not available

Bukan saya yang nak kahwin. Masih lambat lagi saya nak melangsungkan perkahwinan.

 

Tapi, doakan hari bahagia itu tiba nanti.

 

Sebelum ini, pengacara itu mengakui bahawa kesibukan kerja merupakan antara faktor utama dirinya sukar untuk mengenali lelaki secara lebih mendalam.

image is not available 8 hours ago

Rekaan Jawi ‘Ha’ & ‘Nun’ Curi Tumpuan, Selebriti Bergelar Pelakon & DJ Popular Bakal Naik Pelamin?