Disangka Banduan ‘Terlepas’, Lelaki Berbaju Oren Di Miri Ini Raih Perhatian Netizen

11 Apr 2023 • 9:55 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rupanya gelandangan

Disangka Banduan ‘Terlepas’, Lelaki Berbaju Oren Di Miri Ini Raih Perhatian Netizen. Polis Miri mengesahkan seorang lelaki yang gambarnya tular di media sosial dengan memakai pakaian berwarna jingga bukan tahanan lokap, sebaliknya hanya seorang gelandangan.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya dimaklumkan tentang gambar seorang lelaki yang memakai pakaian berwarna jingga menyerupai baju lokap tular di media sosial hari ini.

image is not available
Disangka Banduan ‘Terlepas’, Lelaki Berbaju Oren Di Miri Ini Raih Perhatian Netizen. Kredit: Facebook

Tular di media sosial sejak semalam

Berikutan penyebaran gambar itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Miri melakukan pemeriksaan ke atas lelaki terbabit.

“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki terbabit merupakan seorang gelandangan yang sering berkeliaran di sekitar bandar Miri dan tiada sebarang kesalahan jenayah dikesan ke atasnya.

image is not available
Contoh baju lokap

“Malah, tiada perkataan lokap ditulis pada bahagian belakang bajunya seperti baju lokap yang sering dipakai tahanan,” katanya sambil memberitahu, tidak dapat dipastikan berapa umur lelaki terbabit kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri semasa diperiksa polis.

image is not available

Polis ingatkan orang awam jangan buat spekulasi

Sehubungan itu, Alexson menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi tentang kejadian itu.

Katanya, polis amat menghargai keprihatinan masyarakat dalam membantu menyalurkan maklumat serta menjaga kesejahteraan dan keamanan bersama.

Baca lagi artikel terkini: