Discord Perkenalkan Tetapan Keselamatan Remaja Secara Global

TechnologyDigital
11 Feb 2026 • 12:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kemaskini baharu Discord mengumumkan pelaksanaan tetapan lalai mesra remaja secara global bermula Mac 2026. Dengan ini, semua pengguna baharu dan sedia ada berusia 13 tahun ke atas akan mendapat pengalaman yang lebih selamat kerana komunikasi akan dikawal dengan lebih ketat, akses ke ruang berumur tertentu akan dihadkan dan kandungan sensitif pula ditapis secara automatik.

image is not available

Melaluinya, pengguna perlu menjalani proses pengesahan umur untuk menukar tetapan atau mengakses kandungan tertentu. Discord menyediakan beberapa cara mudah seperti anggaran umur melalui wajah atau menggunakan dokumen pengenalan sambil menjaga privasi dengan pengendalian terus dalam peranti dan dokumen dipadam selepas pengesahan. Selain itu, status pengesahan umur juga tidak akan dapat dilihat oleh pengguna lain maka privasi pengguna sentiasa terjaga.

image is not available

Tetapan keselamatan lalai ini akan mula berkuat kuasa pada Mac akan datang. Antara langkah yang dilaksanakan ialah kandungan sensitif akan dikaburkan kecuali bagi pengguna yang disahkan sebagai dewasa, mesej daripada orang tidak dikenali akan dimasukkan ke dalam peti khas, dan hanya pengguna dewasa yang disahkan boleh bercakap di ‘Stage’ dalam pelayan.

Selain itu, Discord memperkenalkan Teen Council iaitu majlis penasihat remaja yang terdiri daripada 10–12 orang berusia 13 hingga 17 tahun. Ianya memberi ruang kepada golongan muda dengan berkongsi pandangan tentang keperluan remaja, cara mereka berhubung serta perkara yang membuatkan mereka rasa selamat di platform ini. Permohonan untuk menyertai Teen Council dibuka sehingga 1 Mei 2026.