Diserang Ketika Mendayung Sampan, Seorang Kanak-Kanak Dibaham Buaya Di Lahad Datu

1 Dec 2022 • 4:47 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dua mangsa terlibat dalam serangan ini tetapi hanya seorang terselamat

Diserang Ketika Mendayung Sampan, Seorang Kanak-Kanak Dibaham Buaya Di Lahad Datu. Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan dibaham buaya di perairan Pangkalan Marin ketika mendayung sampan bersama bapanya.

Bapa kepada kanak-kanak berusia setahun terbabit berjaya menyelamatkan diri namun kanak-kanak lelaki itu masih belum ditemui.

image is not available
Diserang Ketika Mendayung Sampan, Seorang Kanak-Kanak Dibaham Buaya Di Lahad Datu

Anggota dan pegawai Bomba digerakkan ke lokasi kejadian

Menurut laporan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu menerima panggilan kecemasan mangsa dibaham buaya pada pagi tadi dan sepasukan anggota serta pegawai bomba telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Pasukan Bomba Lahad Datu turut dibantu oleh agensi bantuan Polis Marin, dengan menggunakan bot di kawasan mangsa dilaporkan dibaham buaya.

Menurut saksi, terdapat 2 mangsa terlibat – iaitu seorang lelaki Palauh dan anak lelakinya – dan dipercayai diserang buaya semasa mendayung sampan di lokasi kejadian.

Ia difahamkan si bapa berjaya diselamatkan oleh orang awam manakala anaknya masih belum dijumpai. Mangsa yang diselamatkan telah dihantar ke hospital setelah mengalami kecederaan parah untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Rakaman kejadian tular di media sosial

Dalam laporan berasingan, beberapa video kejadian itu telah tular di media sosial yang menunjukkan mangsa terselamat dalam keadaan bingung selepas serangan itu, serta rakaman buaya terbabit di lokasi kejadian.

Difahamkan ini bukan serangan buaya pertama di kawasan itu, kerana ramai penduduk tempatan menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap populasi buaya yang semakin meningkat di kawasan terbabit.

image is not available
Tangkapan skrin video menunjukkan mangsa yang terselamat dari serangan buaya terbabit. Kredit: FB Samson Papaellyia

image is not available
Tangkapan skrin video menunjukkan seekor buaya di lokasi kejadian, dipercayai buaya yang menyerang kedua-dua mangsa. Kredit: FB Samson Papaellyia

Pada masa penulisan, operasi SAR masih dijalankan untuk mencari mangsa yang dibaham buaya.