Doktor dan personaliti media sosial, Dr Fie meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang banyak memberikan kerjasama sepanjang mereka membuat persiapan perkahwinan.
Dr Fie Disindir Sering Tunjuk Kebahagiaan
Menerusi perkongsian di media sosial, Dr Fie turut berkongsi semula sebuah hantaran mengenai dirinya dan suami sambil menyifatkan tempoh persiapan menuju hari bahagia sebagai antara momen yang bermakna buat mereka.

Menurut Dr Fie, suaminya tidak pernah merungut atau mengajak bergaduh sepanjang menguruskan pelbagai perkara berkaitan majlis perkahwinan mereka.
“Korangnya pun… memanglah awal-awal semuanya wangi. Ini adalah hantaran penghargaan saya buat suami sewaktu sepanjang kami uruskan wedding kami sampailah hari kejadian.
“Tu je… tapi saya harap macam ni lah selamanya. Ni during preparation je. Doa yang baik-baik je lah okay?”
Minta Netizen Doakan Yang Terbaik
Perkongsian tersebut turut disertakan dengan hantaran yang memuji sikap suaminya sebagai seorang yang sporting sepanjang proses persiapan perkahwinan.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Dr Fie berharap segala perkara baik yang dilalui mereka sepanjang tempoh berkenalan dan membuat persiapan perkahwinan dapat berterusan selepas bergelar suami isteri.
Dia juga menitipkan harapan agar orang ramai mendoakan yang baik-baik buat rumah tangga mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Baru Sekufu" - Netizen Dedah Kerjaya Sebenar Suami Baru Dr Fie, Kapten Amrul Nizar
The post Disindir Perkahwinan Baru Tak Bertahan Lama, Dr Fie Beri Respon – “Doa Yang Baik-Baik Je Lah..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



