Disindir Zahid, Anwar balas guna istilah ‘guru’, ‘slay’ ‘semoga anak didik dapat belajar’

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 8:27 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Disindir Zahid, Anwar balas guna istilah ‘guru’, ‘slay’ ‘semoga anak didik dapat belajar’

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian ramai apabila menyindir secara halus timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan mengelar dirinya sebagai ‘guru’ apabila memuatnaik hantaran di media sosial, sejurus tiba di New Delhi, malam tadi.

Istilah ‘guru’ beberapa kali digunakan oleh Zahid, yang juga presiden Umno ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026, semalam.

Malah perkataan ‘slay’ yang digunakan oleh Anwar dalam hantaran berkenaan turut mencuri perhatian warga maya.

“Alhamdulillah Guru selamat tiba di New Delhi, India untuk membawa nama negara di pentas dunia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.

“Doakan misi diplomasi negara ini mencapai matlamatnya. Semoga anak didik dapat belajar dari Guru cara Diplomasi MADANI diterjemahkan. Slayyy,’’ demikian tulis beliau.

Semalam, Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar pada perasmian PAU, secara sinis meminta Perdana Menteri supaya mendengar suara rakyat berhubung dasar kerajaan terutama mengenai kuota bahan api.

Zahid yang merujuk kepada Anwar sebagai ‘guru’ turut mempersoalkan sama ada had kuota itu akan dinaikkan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut Zahid, ia bukan bertujuan mengapi-apikan keadaan sebaliknya bagi mengelakkan keresahan serta kekeliruan berterusan dalam kalangan rakyat.

Sementara itu, Anwar dijadualkan menghadiri sesi pembukaan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, esok, dan menyampaikan Kenyataan Negara bertajuk “Membentuk Masa Depan ke arah Pertumbuhan Global yang Inklusif”.

Sidang kemuncak yang dihoskan oleh Perdana Menteri India Narendra Modi itu bertemakan “Membina Ketahanan, Inovasi, Kerjasama dan Kemampanan”, dengan tumpuan khusus terarah kepada usaha memperkukuh daya tahan, kerjasama ekonomi serta pembaharuan perdagangan dan pelaburan antarabangsa. - 12 September, 2026

The post Disindir Zahid, Anwar balas guna istilah ‘guru’, ‘slay’ ‘semoga anak didik dapat belajar’ appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved